Thursday, March 9, 2017

Pas jemput Bersatu runding pembahagian kerusi PRU

Sinar Harian
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA - Pas kini bersedia berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum akan datang, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jika sebelum ini tiada sebarang hubungan bersama-sama Pas namun, kini mereka (Pas) telah menjemput kami untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Bersatu di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung jemputan itu sebaliknya berkata Bersatu akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Pas bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.

Bersatu juga telah mengenal pasti kerusi yang mahu ditandinginya dalam pilihan raya umum, katanya.
Namun, beliau enggan mendedahkan jumlah kerusi tersebut. –Bernama
 

No comments:

Post a Comment