Monday, March 27, 2017

PKR tidak akan putus hubungan dengan Pas

Sinar Harian
Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM - PKR tetap berpendirian untuk tidak memutuskan hubungan dengan Pas sekalipun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kerjasama dengan parti lain ibarat 'memikul biawak hidup'.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR tetap yakin dengan permuafakatan dalam pakatan pembangkang dan akan sentiasa menghormati sebarang perbezaan pendapat.

"Keadilan (PKR) di peringkat pusat, negeri dan cabang tidak pernah putuskan hubungan dengan sahabat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dun Selangor ke-13 yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Bangunan Dun Selangor di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Abdul Hadi berkenaan 'memikul biawak hidup', Menteri Besar Selangor itu berkata: "Usahlah lontarkan istilah begitu, tidak manis di khalayak ramai, kita patut zahirkan kata-kata yang lebih manis, lebih lunak.
"Kita kena saling hormat-menghormati sebab kalaupun kita berhujah dengan musuh sekalipun tiada keperluan guna istilah itu," katanya.
Pada Sabtu lepas, media sosial melaporkan Abdul Hadi berkat
a Pas tidak akan bersama Pakatan Harapan atau pun BN bagi menghadapi pilihan raya umum.
Abdul Hadi berkata kerjasama dengan parti lain umpama 'memikul biawak hidup', dan Pas akan mengambil pendekatan sendiri dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.  –Bernama

No comments:

Post a Comment