Friday, March 17, 2017

Serangan dalam penjara, kerajaan dan 8 yang lain disaman

 | March 17, 2017
Seorang pemandu berusia 36 tahun mendakwa saraf tunjangnya rosak selepas diserang dalam penjara Sungai Buloh dan lewat diberi bantuan oleh warden bertugas.
VIDEO INSIDE
Valan_surendran_600
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menyaman kerajaan dan 8 yang lain atas tuduhan cuai sehingga membawa kepada serangan terhadapnya ketika berada dalam tahanan di penjara Sungai Buloh.

Shashitheran Valan, 36, mendakwa akibat serangan yang berlaku di dalam sel penjara itu, saraf tunjangnya dan fungsi air kencingnya rosak.
Beliau menyaman kerajaan, 5 warden penjara, pengarah penjara Sungai Buloh, pesuruhjaya Jabatan Penjara dan menteri dalam negeri, mendakwa mereka cuai dan gagal dalam tugas untuk memastikan keselamatan dan kebajikannya ketika dalam tahanan.

Tuntutan saman itu difailkan hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi.
Shashitheran, yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu memohon ganti rugi dan pengisytiharan yang penahanannya melanggar Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang penjara kerana dia ditempatkan dalam satu sel bersama 100 yang lain.

Dalam penyata tuntutannya, Shashitheran mendakwa dia diserang oleh 5 tahanan lain yang berkongsi sel penjara di Sungai Buloh.
“Saya dipukul pada 1 Disember 2015 oleh tahanan lain kerana saya beritahu mereka jangan curi makanan.
“Mereka datang dan serang saya kerana melawan mereka,” katanya dalam penyata tuntutannya.

Shashitheran, 36, berkata dalam serangan itu, dia jatuh ke lantai dan seorang tahanan memijak lehernya menyebabkan dia pengsan.
Dalam keterangannya, Shashitheran berkata dia sebelum itu ada menjerit minta tolong, tetapi 5 warden yang sedang bertugas iaitu Zahit Zulkifli, Johari Ismail, Mokhtar Hamat, Narul Zaman Md Sidek dan Wan Azman Abdul Rahim tidak datang membantunya.

Shashitheran kemudian diberi bantuan lewat hari yang sama selepas seorang tahanan campur tangan bagi pihaknya.

Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sungai Buloh.
Bercakap kepada wartawan selepas memfailkan tuntutan itu, peguamnya N Surendran berkata kerajaan perlu menjelaskan bagaimana ia boleh membenarkan perkara seumpama itu berlaku di penjara Malaysia.
“Nampak seperti mereka dilayan seperti binatang,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili Shashitheran, Latheefa Koya mempersoalkan keadaan sebenar di dalam penjara.
“Ini seorang lelaki yang sihat tetapi bagaimana dia boleh keluar dengan kerosakan kekal,” katanya.
FMT

No comments:

Post a Comment