Friday, April 28, 2017

Ayah lapar campak bayi dalam dapur menyala

Sinar Harian

 Ayah lapar campak bayi dalam dapur menyala
Bayi berkenaan mengalami cedera ringan termasuk lebam di bahagian kepala. -Foto radarsukabumi/Malaysian Digest


JAKARTA - INDONESIA . Bagaikan dirasuk syaitan, seorang ayah sanggup mencampak anaknya yang masih kecil ke dalam bara api bahagian dapur rumahnya hanya kerana isteri gagal menyiapkan makanan.


Menurut laporan Tribun News, bayi berusia 1.5 bulan berkenaan bagaimanapun jatuh di bahagian tepi bara api dapur selepas dicampak Taruna, 23 dalam kejadian Ahad lepas berkenaan.

Isteri Taruna, Yeni Maryani, 20 dengan pantas menyelamatkan anaknya dan meminta tolong sementara Taruna melarikan diri.


Sebelum kejadian, Taruna mengamuk dan memukul isterinya kerana gagal menyiapkan makanan.

Ketika dipukul, Yuni sedang mendukung mangsa.

Jiran tetangga yang terdengar jeritan Yuni kemudian membantu anak-beranak malang tersebut.


Taruna pula ditangkap orang ramai tidak lama kemudian.

Sementara itu, bayi berkenaan mengalami cedera ringan termasuk lebam di bahagian kepala.

Kejadian masih disiasat polis.

No comments:

Post a Comment