Tuesday, April 4, 2017

Parti Ezam hantar permohonan sertai Pakatan Harapan

 FMT| April 4, 2017
Timbalan Presiden Generasi Baru Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata permohonan partinya itu diharap dapat dipertimbangkan Majlis Presiden PH.
unnamedKUALA LUMPUR: Parti bekas senator Datuk Ezam Mohd Nor dan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan hari ini menghantar permohonan untuk menyertai gabungan Pakatan Harapan (PH) bersama parti pembangkang lain.
Khairuddin berkata permohonan partinya itu diharap dapat dipertimbangkan oleh Majlis Presiden PH untuk diterima dalam gabungan pembangkang itu.

“Saya nak ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih kepada sekretariat PH kerana sudi menerima kunjungan kami dengan niat untuk menyerahkan secara rasmi surat parti Generasi Baru memohon menjadi sebahagian rakan PH.

“Kami letak harapan tinggi dan doa majlis presiden buat pertimbangan sewajarnya ke arah hendak luluskan permohonan kami nak jadi rakan PH.
“Kami dalam proses nak tukar nama kepada parti bebas rasuah dan masih diperimbangkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya di Pejabat Pembangkang di Parlimen.

Khairuddin hari ini hadir di Parlimen menyerahkan surat permohonan partinya di dalam PH kepada Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Katanya, pada masa ini beliau masih belum memikirkan untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Matlamat kami fokus nak jatuhkan kerajaan yang sedang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Nak bertanding atau tak, masalah lain. Apa pun kita kena akur dengan majlis presiden PH. Andai kata mereka beri kerusi untuk bertanding, Alhamdulillah kita terima dan andai kata kami tak diberi sebarang kerusi bertanding kita terima dengan hati terbuka,” katanya.

Sementara itu, Fahmi yang mewakili PH berkata beliau menerima permohonan Khairuddin untuk partinya menyertai PH.
“Petang ini kita menerima surat permohonan (parti Khairuddin) sertai PH,” katanya

1 comment:

  1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete