Monday, April 3, 2017

Rumah hanyut, operasi mencari 7 mangsa diteruskan

 | April 3, 2017
Bomba berkata operasi pencarian mangsa masih lagi tertumpu di bawah timbunan kayu balak dan lumpur.
bomba_banjir_600KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 7 mangsa termasuk 3 kanak-kanak dipercayai dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Sen Fu, Tongod, Sandakan, Sabtu lepas, diteruskan hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata operasi hari ketiga itu membabitkan 17 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), 8 anggota Pasukan Multi-Skill Team (MUST), 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Sandakan serta 10 anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Keningau.

“PPDA Zon Sandakan memulakan operasi SAR di sungai Pinangah Kinabatangan bersama polis, sementara, anggota BBP Keningau, pasukan Storm dan MUST melakukan operasi bermula dari lokasi asal rumah yang hanyut iaitu di Sungai Labou ke sepanjang 1km aliran sungai.

“Operasi pencarian mangsa masih lagi tertumpu di bawah timbunan kayu balak dan lumpur,” menurut pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, pada 1 April, BBP Kinabatangan menerima panggilan dari Klinik Pinangah, Tongod pada jam 8.50 pagi menyatakan ada seorang mangsa dihantar ke klinik oleh orang awam dan selepas itu mangsa memaklumkan kediamannya di ladang itu dihanyutkan banjir lumpur.

Pusat gerakan operasi itu berkata kejadian itu hanya disedari pekerja ladang terbabit selepas mendapati terdapat sebuah rumah di kawasan ladang berkenaan hilang sebelum memaklumkan perkara itu kepada BBP Keningau pada jam 10.30 pagi hari yang sama.

Pada kejadian 1 April itu, 2 daripada 11 penghuni di rumah itu berjaya menyelamatkan diri, 2 ditemui selamat di kawasan Pinangah dan berhampiran Kampung Masaung, manakala 7 lagi masih belum ditemui
FMT

1 comment:

  1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete