Tuesday, April 18, 2017

Syria berdarah lagi

Sinar Harian
Syria berdarah lagi
Keadaan bas yang musnah dalam kejadian letupan bom tersebut.
DAMSYIK - SYRIA. Sekurang-kurangnya 112 terbunuh manakala ratusan lagi cedera, kelmarin dalam kejadian letupan bom menyasarkan konvoi membabitkan puluhan bas yang membawa penduduk dipindahkan dari bandar Fuaa dan Kafraya di bawah perjanjian dicapai antara rejim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pemberontak.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memaklumkan kejadian pengeboman itu berlaku di kawasan Rashidin di pinggir Aleppo ketika konvoi terbabit menunggu kebenaran untuk memasuki bandar utara itu, Jumaat lalu.
"Pengebom berani mati itu dipercayai memandu van yang membawa bekalan bantuan sebelum meletupkan kenderaan tersebut berhampiran konvoi bas terbabit. Beberapa anggota kumpulan pemberontak yang mengiringi bas tersebut turut maut.

"Mangsa cedera termasuk beberapa kanak-kanak dihantar ke hospital di Aleppo untuk menerima rawatan," kata jurucakap SOHR.
Sementara itu, media tempatan melaporkan cebisan anggota tubuh dan beberapa mayat mangsa ditemui bergelimpangan berhampiran bas yang musnah dalam letupan tersebut.

Dalam satu kenyataan, kumpulan pemberontak, Ahrar al-Sham turut mengutuk pengeboman tersebut.
"Kami menolak sebarang tuduhan yang dilemparkan untuk jenayah kejam ini. Peranan kami adalah untuk melindungi orang awam dan bukan membunuh mereka," kata jurucakapnya.
Insiden itu turut menyebabkan ribuan penduduk terkandas, namun proses pemindahan tersebut disambung semula tidak lama selepas itu.

Difahamkan, lebih 5,000 penduduk yang hidup di bawah kepungan selama lebih dua tahun di dua bandar tersebut bersama 2,200 dari Madaya dan Zabadani dipindahkan di bawah perjanjian pertukaran tersebut. - AFP

1 comment:

  1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
























    Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete