Saturday, April 8, 2017

TMJ: FAM langsai hutang RM9 juta minggu depan

 | April 8, 2017
Menurut Tunku Ismail, FAM akan menggunakan wang daripada simpanan tetap persatuan dan akan dibayar kepada setiap pasukan minggu depan.

Tunku-Ismail_fam_tmj_60PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melangsaikan hutang RM9 juta kepada semua pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana, kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengumumkan siri tindakan drastik sejak menerajui FAM.

Menurut beliau, FAM akan menggunakan wang daripada simpanan tetap persatuan dan akan dibayar kepada setiap pasukan minggu depan.
Kata Tunku Ismail, selepas kesemua hutang itu diselesaikan, setiap pasukan yang bertanding juga perlu melangsaikan hutang masing-masing dengan segera dan tidak lagi memberikan pelbagai alasan atau berdepan dengan tindakan tegas.
“Walaupun tiada duit, kami akan guna sumber daripada simpanan tetap. Pasukan Liga Super mendapat RM500,000 manakala Liga Perdana RM240,000.

“Selepas itu mereka juga mesti bayar hutang kalau tidak tindakan akan diambil termasuk pemotongan mata,” tegas Tunku Ismail dipetik Utusan Online.
Tunku Ismail yang dipilih sebagai Presiden FAM akhir bulan lalu berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang pertama di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata, pelantikan ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya akan diselesaikan dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Katanya, beberapa nama masih dipertimbangkan dan kesemuanya adalah calon dari luar negara.

Tunku Ismail turut mengesahkan nama bekas jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Mario Gomez yang sebelum ini disebut-sebut bakal mengisi jawatan berkenaan telah pun terkeluar daripada senarai.
“Dia (Mario) ada permintaan lain tapi saya ada pendirian untuk kebaikan pasukan kebangsaan. Siapa yang menjadi jurulatih akan diselesaikan dalam beberapa minggu lagi,” kata beliau.

1 comment:

  1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete