Thursday, May 25, 2017

Lapan mayat disemadikan selepas 632 hari

Sinar harian
mayat
NEW DELHI - INDIA. Lapan mayat yang disimpan di bilik mayat sebuah hospital di Manipur India selama 632 hari akhirnya selamat disemadikan, kata seorang pegawai lapor agensi berita China Xinhua.
Upacara persemadian yang diberikan penghormatan negara itu dijalankan pada Rabu.

Kesemua mangsa terbunuh dalam satu insiden bantahan di daerah Churachandpur kira-kira 65 kilometer selatan Imphal, Manipur pada September 2015.

Bantahan itu berikutan tindakan kerajaan tempatan meluluskan tiga rang undang-undang pada 31 Ogos 2015 yang dianggap sebagai 'anti puak'.
Upacara itu diadakan selepas kerajaan tempatan Manipur dan jawatankuasa penganjur  bantahan menandatangani  memorandum persefahaman (MoU) pada 10 Mei.

Penunjuk perasaan menyerang rumah anggota parlimen, menyebabkan beberapa kejadian kebakaran dilaporkan berlaku.
Polis terpaksa bertindak balas dengan melepaskan tembakan menyebabkan sembilan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam keganasan yang berlangsung selama dua hari.

Kawasan Churachandpur dan beberapa kawasan lain yang dikuasai puak Kuki-Zomi menyifatkan rang undang-undang berkenaan sebagai bertentangan dengan kepentingan mereka. - Bernama

No comments:

Post a Comment