Sinar Harian
6 Mei 2017
KUALA LUMPUR - Tindak-tanduk Pas yang dilihat berlembut dengan Umno adalah contoh politik matang dan sejahtera.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pendekatan tersebut adalah mengikut keadaan.
Jelasnya, budaya politik matang sejahtera yang menjadi teras parti itu
bukan hanya diamalkan dengan parti pemerintah sebaliknya dengan parti
pembangkang juga.
"Berkenaan pertemuan menteri pertanian dengan Datuk Seri Abdul Hadi,
itu adalah program yang berlangsung di Marang dan beliau (Hadi) adalah
ahli parlimen di situ. Ini pedekatan kita yang baharu
"Dulu sebenarnya kita memang hendak hadir program-program kerajaan
persekutuan tapi tak dijemput selain tidak mengizinkan," katanya dalam
sidang media di ibu negara, hari ini.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
meluangkan masa bersama bersarapan dengan warga nelayan di Marang,
Terengganu.
Abdul Hadi hadir sebagai jemputan sempena Majlis Pelancaran Tukun Rig
To Reef dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan
Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas di Marang Waterfront, Khamis
lalu.
Dalam perkembangan lain, mengulas tentang dakwaan bahawa Pas menjadi
parti yang rugi kerana tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan,
Takiyuddin berkata, itu hanya andaian dan sesiapa boleh membuat analisa
terbabit.
"Kita tahu apa kita lakukan. Kita faham dan kaji semua ini.
"Pas ada plan dan alternatif lain bila kita ambil tindakan dalam
politik. Kita adalah parti politik yang telah berusia 66 tahun,"
katanya.
No comments:
Post a Comment