PKR berkata ia tidak mempunyai niat atau agenda jahat, dan hanya menyerlahkan sentimen ahli.
PETALING
JAYA: PKR hari ini menafikan dakwaan parti itu cuba memalukan pemimpin
PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir ke
kongres parti itu Ahad lalu, yang menyaksikan ahli PKR bersorak membawa
sepanduk “Anwar PM ke-7”.
Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh berkata, insiden itu hanya menunjukkan sentimen ahli PKR.
“Sudah tentu parti ada kehendaknya dan ada asasnya. PKR percaya
sentimen ini dikongsi juga oleh rakyat tetapi ini sama sekali tidak
menafikan proses konsensus dalam Pakatan Harapan, undang-undang atau
sentimen sebenar rakyat,” katanya kepada FMT.
Beliau menafikan tindakan itu menghina Dr Mahathir, yang berada bersama pimpinan kanan PKR tetapi tidak mengangkat sepanduk.
Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam surat
terbukanya hari ini menyifatkan insiden sepanduk itu “tidak sensitif”
dan cubaan memaksa persetujuan Dr Mahathir.
“Dr Mahathir dan PPBM jelas diserang, kongres yang seharusnya mampu
dijadikan medan penyatuan untuk mengikat jiwa yang terpisah bertukar
menjadi medan melempias kekecewaan dan kemarahan lampau tanpa sedikit
pun memikirkan soal sensitiviti semasa dalam misi bersama dalam Pakatan
Harapan untuk menawan Putrajaya,” kata Saddiq.
Semalam dalam wawancara ekslusif dengan FMT, Dr Mahathir berkata beliau memahami desakan ahli PKR itu.
“Kami hadir sebagai tetamu, dari parti lain. Jadi bila acara itu
diadakan, ia mencerminkan kehendak PKR. (Tetapi) kita tidak bolehlah
dipaksa mengikuti kehendak PKR,” katanya.
Syed Ibrahim berkata, kejadian itu tidak perlu dilihat mempunyai
motif negatif, sambil mengalu-alukan kenyataan Syed Saddiq kerana cuba
memahami dan menghargai komitmen serta pahit getir perjuangan.
“PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan akan terus bekerjasama
membawa harapan rakyat untuk membina masa hadapan yang lebih baik untuk
rakyat dan negara tanpa Umno-BN,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment