Sunday, July 30, 2017

SPRM buat laporan polis dakwaan kes Jabatan Air Sabah

 | July 30, 2017
Seorang pegawai SPRM membuat laporan polis itu di Putrajaya terhadap pemilik akaun Facebook 'Cikgu Aming' memuat naik laporan portal bertajuk 'SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah'.
macc-facebook
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook menggunakan nama “Cikgu Aming” yang memuat naik laporan portal kononnya suruhanjaya itu mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
Menurut sumber SPRM, laporan berkenaan dibuat seorang pegawai suruhanjaya berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 12 tengah hari tadi.

Semalam, pemilik akaun Facebook berkenaan memuat naik laporan portal bertajuk “SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah”.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan dakwaan yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu tidak benar sama sekali dan mengelirukan masyarakat.

Berhubung kes berkenaan, SPRM dalam kenyataan itu berkata, pada 29 Disember 2016, 3 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM61.48 juta, selain memiliki secara salah barangan mewah.

Sebutan kes itu ditetapkan pada 8 Ogos ini.
SPRM berkata, ketiga-tiga tertuduh itu ialah bekas pengarah JANS, Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya, Fauziah Ag Piut serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Beng. FMT

No comments:

Post a Comment