Seorang ahli politik United Kingdom (UK) mengemukakan usul mengenai isu 1MDB di parlimen negara itu hari ini.
Usul dikemukakan anggota pembangkang itu menyatakan, parlimen bimbang
dengan dakwaan berlaku salah laku dalam 1MDB, dan menggesa kerajaan
Malaysia membenarkan pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan
raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
"(Ini) untuk menunjukkan komitmen untuk berlakunya pilihan raya yang
bebas dan adil, terutama apabila mengambil kira Malaysia akan menjadi
pengerusi Komanwel pada 2020.
“(Parlimen) menggesa kerajaan memastikan dakwaan berlaku
penyelewengan dana dari Malaysia untuk membeli aset di UK disiasat
sepenuhnya," kata usul itu.
Bagaimanapun, usul awal itu hanya mendapat sokongan kecil sejak ia dikemukakan pada 18 Julai.
Setakat berita ini ditulis pada jam 4 petang ini (waktu Malaysia)
hanya tiga orang anggota parlimen menyatakan sokongan terhadap usul
dikemukakan oleh wakil Parti Buruh, Ann Clwyd itu.
No comments:
Post a Comment