Thursday, August 24, 2017

Memorandum terbuka PKR Kelantan palsu

PKR
(Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Penularan memorandum terbuka daripada PKR Kelantan yang menggesa pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir melepaskan jawatannya adalah tidak benar, kata Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa.
Menurutnya, memorandum yang mengandungi tiga sebab utama dan 10 kegagalan Ab Aziz mula tersebar semalam melalui aplikasi sosial WhatsApp dan juga media-media sosial lain.

“Surat layang tersebut menyatakan bahawa ia adalah daripada pimpinan PKR Kelantan sendiri. Surat ini adalah palsu dan hanya bertujuan untuk memberi Imej negatif kepimpinan PKR di Kelantan terutama barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
"Ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika,” katanya melalui satu kenyataan media di sini.

Menurutnya, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sentiasa membuat keputusan yang selari dengan arahan pimpinan pusat dan tiada percanggahan wujud melibatkan isu ini dan hubungan kedua-dua pihak juga berlangsung dengan baik.
Malah Sukirman memberitahu, Keadilan Kelantan juga tetap komited dalam hubungan sesama rakan dalam Pakatan Harapan sebagaimana arahan pimpinan pusat sama ada dalam bentuk program bersama dan sebagaimana.

“Buat ahli-ahli parti PKR di Kelantan, jangan terpengaruh dengan berita-berita palsu yang kita tidak boleh disahkan sumbernya sama sekali dan dalam menghadapi tempoh PRU yang semakin hampir ini, pimpinan semua peringkat hendaklah fokus terhadap arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

“Setakat hari ini semua ketua-ketua cabang masih dengan ikrar menyokong kepimpinan pengerusi negeri dan komited dengan program yang telah diaturkan,” katanya

1 comment:

  1. PKR, sila semak cara anda berpolitik. Dalam keadaan sekarang, penyokong dah tak tahu yang mana betul dan yang mana salah. Jangan dedahkan diri kepada manupilasi.

    ReplyDelete