Saturday, August 26, 2017

Pakatan PKR-PAS akan kecewakan pengundi, kata William Leong

 Malaysiakini 26/8/17
 TEMUBUAL | Pemimpin PKR mesti mengambil iktibar daripada pilihan raya presiden AS pada 2016 berikutan beberapa pemimpin parti itu meneruskan usaha untuk memujuk PAS, kata bekas anggota biro politik parti itu, William Leong.

Dalam temubual dengan Malaysiakini semalam, Leong berkata ramai penyokong Demokrat tidak keluar mengundi calon parti mereka Hillary Clinton, yang membawa kepada kemenangan mengejut Donald Trump.

Dalam konteks Malaysia, tinjauan menunjukkan bukan Islam di negara ini tidak menyokong BN, tetapi ia tidak bermakna mereka akan mengundi PKR dalam pilihan raya nanti.

"Ini sama seperti Clinton. Mereka yang menyokong Demokrat tidak mengundi Trump, tetapi mereka tidak keluar mengundi (langsung). Trump masih akan menang.
"Saya rasa ada bahayanya jika kita terus mengecewakan rakyat sehingga membuat mereka berfikir tiada bezanya sama ada mereka mengundi atau tidak," katanya.

Sekiranya sememangnya ini berlaku, maka tidak ada harapan untuk Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.
Leong, yang merupakan anggota Parlimen Selayang dan bekas bendahari parti itu, berkata PAS kini sedang bersiap sedia untuk pertandingan pelbagai penjuru manakala PKR tidak berbuat demikian dan masih cuba berbincang dengan bekas sekutunya itu.

Sebagai sebuah parti politik, katanya, PAS sedang melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, tetapi PKR tidak berbuat demikian kerana mahu terus memujuk PAS.
"Bayangkan anda mempunyai teman wanita yang mengatakan tidak. Berapa kali anda mahu teman wanita anda mengatakan tidak?" tanya Leong.

Pendirian berprinsip
Bagi Selangor - satu-satunya negeri yang dikuasai PKR - PAS dilihat menjadi ancaman kepada HARAPAN kerana ahli-ahli parti itu bukan sahaja menjadi sebahagian daripada pentadbiran negeri, tetapi juga di peringkat akar umbi.
"PAS bukan sahaja memegang tiga jawatan exco, mereka mempunyai jawatan dalam majlis tempatan dan jawatankuasa kampung," tegas Leong.

Dengan ini, tambahnya, PAS mempunyai kuasa, dana dan sumber, yang ia gunakan untuk memperkuat diri mereka.
Sebagai contoh, Leong menyebutkan bagaimana PAS menguasai sebahagian besar masjid dan surau di negeri itu.

"Kita ada ustaz kita, tetapi mereka tidak boleh masuk (ke masjid-masjid berkenaan), alasannya mereka bercakap mengenai politik, tetapi apa yang anda rasa yang dicakapkan oleh ustaz PAS?" soalnya.

Leong berkata tinjauan menunjukkan PAS mempunyai sokongan sekitar 20 hingga 30 peratus daripada pengundi, tetapi ini tidak seharusnya menjadi asas untuk kerjasama PKR-PAS kerana PAS adalah halangan terhadap perubahan sebenar yang diperlukan oleh negara.

"Kita mesti bertanggungjawab terhadap masa depan kita. Jadi ramai rakyat kita turun ke jalanan untuk protes, berdepan dengan tangkapan, penjara dan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960). Mereka ini telah menunjukkan keberanian untuk mencari perubahan.

"Sekiranya kita tiba-tiba menjadi pragmatik dan mengikuti arus perdana, kita sebenarnya mengorbankan usaha semua orang-orang ini sejak tempoh 20 tahun yang lalu," katanya.

Mengenai sama ada dengan mengetepikan terus PAS akan memberi kesan kepada peluang HARAPAN untuk menang, Leong berkata ia tidak pasti dan jika pun ia berlaku, maka prinsip PKR masih utuh.

Baca temubual bahagian pertama: William rela kerjaya politik jadi abu

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO


    >>>>>TOTO TOGEL MALAYIA KLIK DISINI <<<<<

    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL















    ReplyDelete