Thursday, August 17, 2017

Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’

 | August 17, 2017
Peguam R Sivarasa mengesahkan kenyataan Anwar Ibrahim adalah sahih dan menafikan dakwaan timbalan pengarah (polis) Jabatan Penjara.
anwar-sivarasaPETALING JAYA: Peguam R. Sivarasa menyangkal kenyataan Jabatan Penjara hari ini yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai keganasan politik sebagaimana dilaporkan beberapa portal Isnin lalu.

“Saya boleh mengesahkan Anwar membuat kenyataan pada 14 Ogos ketika saya berada di sana bersama beliau,” kata Sivarasa kepada FMT.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana Anwar menyediakan kenyataannya.

Berita Harian hari ini memetik Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim sebagai mempersoalkan laporan beberapa media berdasarkan kenyataan dikeluarkan Anwar pada 14 Ogos memberikan respons terhadap insiden huru hara di forum “Nothing to Hide” sehari sebelum itu.
Anwar pada 14 Ogos dibawa keluar pegawai Penjara Sungai Buloh untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tuntutan saman fitnahnya terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Anwar dikawal oleh pegawai dan anggota Penjara sepanjang masa ketika berada di mahkamah,” kata Supri, yang menambah media tidak dibenarkan berjumpa Anwar sepanjang beliau berada di mahkamah pada hari itu.
Anwar kini menjalankan hukuman 5 tahun penjara sejak 2015, selepas disabitkan dengan tuduhan liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Mohd Azlan. FMT

1 comment:

  1. Halo
    Saya Aliciana Castelo seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan pinjaman peluang hayat. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah ia ditolak oleh bank dan agensi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman hipotek? Tidak perhatikan lagi, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami meminjam wang dari orang yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan sebesar 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa kami menyediakan bantuan yang boleh dipercayai dan bermanfaat dan kami bersedia menawarkan pinjaman kepada anda.

    Hantarkan e-mel kepada kami: (alicianacastelo@gmail.com) Terima kasih

    ReplyDelete