Malaysiakini 3/8/17
Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon telah mengesahkan
bahawa Abdul Razak Baginda telah didakwa (indicted) di Paris atas
dakwaan sogokan berhubung penjualan kapal selam kepada Malaysia.
Bourdon, peguam yang mengendalikan kes Scorpene di Paris, berkata
laporan berita mengenai Abdul Razak, rakan kepada Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak, baru-baru ini didakwa di Perancis, adalah tidak
mengelirukan.
Katanya, beliau boleh mengesahkan bahawa Abdul Razak telah didakwa
pada 18 Julai kerana didakwa terlibat dalam rasuah aktif dan pasif, dan recel d'abus de biens sociaux.
Perkataan Perancis itu diterjemahkan kepada "penyalahgunaan aset korporat" dalam bahasa Inggeris.
"Ini (dakwaan pada 18 Julai) adalah satu langkah penting bagi kes
kami," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Bourdon mewakili NGO hak
asasi manusia Suaram ketika mereka memfailkan kes itu di Perancis pada
2009.
Ditanya sama ada Abdul Razak perlu hadir di mahkamah Perancis untuk
menghadapi pertuduhan, Bourdon berkata: "Dia harus memberi respons
terhadap penghakiman 11 muka surat hakim".
Mengenai bila ia akan berlaku, Bourdon enggan memberi komen, dengan
mengatakan bahawa dia perlu menunggu maklumat yang tepat, yang akan
diperolehnya dari para hakim selepas cuti musim panas.
"Inkuiri bukan satu dakwaan"
Pada hari Selasa, agensi berita Perancis AFP melaporkan bahawa Abdul
Razak telah didakwa di Perancis tetapi ini segera dipertikaikan Abdul
Razak yang berkata laporan itu "mengelirukan," sambil menambah bahawa
perkara itu masih dalam peringkat penyiasatan.
"Istilah 'didakwa' dalam konteks siasatan bermakna meletakkan individu tersebut di bawah 'penyiasatan rasmi'.
"Proses perundangan Perancis adalah berbeza dari proses perundangan
Malaysia. Dalam proses perundangan Malaysia seseorang yang disyaki
melakukan jenayah disiasat dan jika ada bukti yang mencukupi, orang itu
dihadapkan ke mahkamah undang-undang," kata pejabatnya dalam satu
kenyataan.
Pembelian dua kapal selam kelas Scorpene Malaysia dari DCNS Perancis,
sekitar harga satu bilion euro, telah ditandatangani pada Jun 2002.
Pada masa itu, Najib adalah menteri pertahanan.
Pembelian kapal selam kini menjadi subjek penyiasatan oleh pihak berkuasa Perancis berhubung dakwaan bayaran sogokan.
Setakat ini, empat orang warga Perancis dan Abdul Razak dilapor dalam siasatan.
Sementara itu, bekas pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata beliau
juga menerima pengesahan dari Bourdon bahawa Abdul Razak memang didakwa
pada 18 Julai.
Pejabat Bourdon akan mendapatkan penghakiman 11 muka surat dari
majistret Roger le Loire sebaik saja ia kembali dari cuti musim panas,
tambahnya.
"Majistret yang menyiasat mempunyai kuasa untuk mendakwa dalam sistem
perundangan dua tahap Perancis," kata Gabriel, yang kini menjadi
pengarah Pusat Pemantauan Rasuah untuk memerangi korupsi dan kronisme
(C4).
"Jadi tidak sepatutnya ada kekeliruanberhubung pendakwaan Abdul Razak," kata Gabriel.
Biarlah proses keadilan negera atas angin berjalan lancar. Kita harap keadilan bukan sahaja dilakukan bahkan nampak telah dilunaskan dengan sebaik munkin. Kami marhaen biasa yang sering dimangsakan dah lama menunggu saki-baki keadilan sistem ini untuk melindungi kami. Bukan nak doakan sapa-sapa bakal dihukum. Cuma sapa yang bersalah mereka memang patut dihukum dengan hukuman yang setimpal
ReplyDelete