Friday, August 11, 2017

Siasatan FBI dorong DOJ tangguh saman 1MDB

Jabatan Kehakiman (DOJ) AS mengemukakan permohonan penangguhan saman sivilnya untuk merampas pelbagai aset didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB yang disalahgunakan.

Permohonan itu, kata DOJ, dibuat bagi membolehkan siasatan jenayah yang dilakukan kerajaan AS dapat diteruskan.
Ia termasuk 13 daripada 14 saman bagi melucutkan hak ke atas aset itu yang difailkan DOJ pada Julai tahun lalu.

Berdasarkan dokumen mahkamah difailkan - dan dilihat Malaysiakini - DOJ berkata jika prosiding berkenaan diteruskan ia mungkin memberi "kesan buruk terhadap keupayaan kerajaan untuk menjalankan siasatan jenayah yang berkaitan."

Ia termasuk siasatan dalam bidang perundangan luar negara.
Satu pengisytiharan oleh seorang pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata kerajaan sedang menjalankan siasatan jenayah sebelum tindakan DOJ itu dimulakan dan ia masih berlangsung ketika ini.

Ejen FBI itu, Jill Enyart, berkata penzahiran sebarang maklumat tambahan selain apa yang sudah didedahkan DOJ sebelum ini mungkin mendedahkan "sasaran yang berpotensi dan butiran siasatan serta teknik siasatan yang telah dan akan digunakan".
"Sebarang pendedahan mungkin menyebabkan kemusnahan bahan bukti, sasaran melarikan diri atau bakal saksi berisiko dikenali dan diganggu," katanya.

Buru lukisan van Gogh, Monet
Enyart juga menyatakan beberapa bakal saksi mungkin berada di bawah bidang perundangan yang boleh membahayakan mereka, atau menyebabkan identiti mereka diketahui.

Katanya, prosiding berkenaan boleh menjejaskan "rancangan" negara-negara asing, serta "menjejaskan keselamatan anggota penguat kuasa asing tertentu dan mengancam kesediaan atau keupayaan mereka bekerjasama dengan kerajaan AS dalam siasatan jenayahnya dan dengan itu menutup sumber bukti jenayah dan kelakuan lain yang dinyatakan dalam pindaan aduan pinda (FAC) ".

Siasatan berhubung 1MDB, kata Enyart, berlangsung secara global dan mungkin mengambil masa untuk diteruskan kerana kebanyakan bukti dan saksi berada di luar bidang perundangan AS.

Dalam samannya, DOJ berkata, mereka perlu mengemas kini maklumat berkaitan status siasatan jenayah itu kepada mahkamah setiap 180 hari.
Daripada 14 saman difailkan kali pertama pada 2016, DOJ masih mahu mendapatkan ketetapan mahkamah bagi merampas lukisan karya Vincent van Gogh dan Claude Monet.

Secara keseluruhan DOJ mengemukakan tiga saman kepada mahkamah AS bagi merampas pelbagai aset bernilai AS$1.7 bilion didakwa diperolehi menggunakan dana diselewengkan dari 1MDB.
DOJ mendakwa ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Jho Low, menggunakan dana 1MDB untuk membeli pelbagai harta mewah, sebuah kapal layar dan sebuah jet.
 Malaysiakini 11/8/17

1 comment:


  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Sri Wahyuni biasa di panggil Mba Sri, TKI tinggal di kota Pontian johor Malaysia,Saya berprofesi sebagai pembantu rumah tangga, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar.
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak, kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro (+6282354640471) katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan togel dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya.Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya,baiknya melalui jalan togel saja.Dan angka yang di berikan beneran tembus ,4607 dan saya dapat 275 juta alhamdulillah terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. walaupun ini melalui togel

    ReplyDelete