Friday, September 15, 2017

Enggan alih kereta, wanita tembak gelandangan

Sinar, 14 September 2017

Enggan alih kereta, wanita tembak gelandangan
Katie Quackenbush. - Foto AP
NASHVILLE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita didakwa atas tuduhan cubaan membunuh selepas melepaskan tembakan kepada seorang lelaki gelandangan di sini bulan lalu kerana dia diminta mengubah keretanya.
Agensi berita melaporkan, Katie Quackenbush, 26, di kenakan denda kerana menembak Gerald Melton, 54, berhampiran Music Row.

Polis Metro Nashville berkata, Melton terganggu oleh asap ekzos dan muzik kuat dari kereta SUV Porsche milik Quackenbush ketika cuba tidur pada pukul 3 pagi, dan memintanya memindahkan kenderaan.
Kedua-dua mereka  bertengkar dan Quackenbush keluar dari kenderaan dan menembak Melton dua kali sebelum berlari ke jalan dengan seorang wanita lain," kata polis dipetik AP.

Sementara itu, Bapa Quackenbush, Jesse Quackenbush membantah akuan polis dan berkata anaknya melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan tidak  pasti sama ada Melton terkena tembakan itu.
Melton masih di rawat di hospital dengan kecederaan yang kritikal.

1 comment:

  1. bergabung dengan kami segera agen judi terpercaya D^E^W^A^P^K :* :* :*

    ReplyDelete