Saturday, September 30, 2017

Jeremy Gan pula letak jawatan jurulatih beregu lelaki badminton

 | September 30, 2017
Sebelum ini, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen meletak jawatannya dengan notis 6 bulan kepada BAM pada 11 September lalu.
Jeremy-GanKUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan menerima surat perletakan jawatan jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan, hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa surat perletakan jawatan itu adalah dengan notis selama 3 bulan.

Bagaimanapun Norza tidak memberitahu punca sebenar peletakan jawatan Jeremy.
“Kami menerima surat peletakan jawatannya hari ini. Saya percaya dia memiliki sebab tersendiri. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada (Ketua Jurulatih Beregu Lelaki) Cheah Soon Kit.

“Kita perlu tunggu dan lihat apakah yang akan dilakukan Soon Kit selepas ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen meletak jawatannya dengan notis 6 bulan kepada BAM pada 11 September lalu dengan memberikan alasan peribadi berhubung perkara itu.

Antara sumbangan terbesar Jeremy kepada skuad badminton negara ialah menghadiahkan pingat perak Sukan Olimpik Rio menerusi gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
Kini skuad beregu lelaki negara akan terus dikendalikan oleh Soon Kit dan Rosman Razak.

1 comment:


  1. Salut , tabah untuk meningalkn orang tercinta di kampung terutama keluarga kecilku demi ingin merubah nasib dan mencari pengalaman walau kadang hati tak smpai demi masa depan . Sedikit berbagi cerita kpd teman2 Tki yg berada di perantauan . Karna Sy sudah 5 tahun tinggal di hongkong jd PRT gaji tdak seberapa Tetapi sy tidak putus asa . namanya juga rejeki itu tidak bakalan kmn pasti ada jlan keluarnya . Halal tidaknya hanya tuhan yg menentukan. Kebetulan buka internet dapt nmor hendpone Mbah Suro +6282354640471 ternyata beliau guru spiritual Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 3D/4D/5D/6D, tetapi waktu itu sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal . Karna tdk ada epek sampingnya . Alhamdulilah benar2 terbukti nyata hasilnya . Terima kasih ya allah atas semua rejekimu ini akhirnya sy bs pulang ke indo berkumpul keluarga kecilku lg .


    ReplyDelete