Editor Sarawak Report mendakwa ada pegawai yang
mendapat manfaat daripada pembayaran rahsia besar Najib untuk
mengeluarkan parti itu daripada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

PETALING JAYA: Clare Rewcastle Brown mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi
Awang berpakat dengan Datuk Seri Najib Razak atau ejennya untuk
mengeksploitasi prosiding mahkamah di London dalam usaha melepaskan
perdana menteri.
Menerusi tuntutan balas dalam respons terhadap saman fitnah difailkan
Hadi, editor laman web pemberi maklumat itu berkata, mereka mahu
mencemarkan nama baiknya dan Sarawak Report dalam kempen menggulingkan
Najib dan membawanya ke muka pengadilan atas dakwaan rasuah dan salah
laku jenayah.
Menerusi dokumen mahkamah yang dilihat FMT, Clare berkata, Hadi
sendiri atau ejennya terbabit dalam penerbitan satu siri artikel untuk
memfitnah dan menyerangnya secara kejam di laman web Third Force dan
Malaysia Today.
Dalam tuntutan balas yang difailkan pada 11 Oktober lalu, wanita itu
berkata, penerbitan berkenaan ialah gangguan dan beliau mahu mahkamah
memerintah bayaran ganti rugi atas tekanan dan kebimbangan dihadapinya
serta injunksi untuk menghalang Hadi melakukan gangguan lanjut.
Peguam, SN Nair berkata, Clare akan mendapat kos dan ganti rugi, jika
mahkamah menolak saman difailkan Hadi dan membenarkan tuntutan balas
itu.
Presiden PAS itu memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London,
pada 21 April lalu, terhadap satu artikel Sarawak Report 6 Ogos 2016
yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai
usaha perdana menteri “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong
Barisan Nasional dan Umno.
Clare dalam pembelaannya terhadap saman fitnah Hadi berkata, pemimpin
PAS itu tidak dinamakan atau dikenal pasti sebagai objek dalam
mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan.
Beliau berkata, membenarkan tindakan Hadi sebagai orang yang disebut
dalam artikel itu ialah campur tangan tidak wajar, tidak perlu dan tidak
adil serta menghalang hak kebebasan bersuara beliau dan orang ramai,
khasnya dalam membincangkan isu politik.
Clare berkata, Seksyen 1 Akta Fitnah 2013 menyatakan perlu ada bukti
terhadap penerbitan kenyataan yang didakwa mendatangkan kerosakan serius
kepada reputasi Hadi.
Beliau bagaimanapun menafikan Hadi menghadapi kerosakan serius itu.
Clare berkata, Hadi memfailkan saman itu bukan untuk melindungi imej
sendiri, sebaliknya untuk tujuan tidak sah bagi melindungi reputasi dan
tujuan politik PAS serta sekutu politiknya, Najib.
Katanya, kenyataan dalam artikel itu ialah kepentingan awam, iaitu
mengenai kegiatan dan sejarah rasuah serta jenayah, kelakuan dan
pengaruh kerajaan, politik dan proses kehakiman di Malaysia serta sama
ada Najib sesuai memegang jawatan awam.
Clare berkata, beliau akan membuktikan Hadi sengaja membenarkan PAS
terjejas dan menerima rasuah serta proses demokrasi dirosakkan anggota
kanan parti.
Beliau berkata, pegawai terbabit menerima dan secara peribadi
mendapat manfaat daripada pembayaran rahsia besar Najib untuk menggugat
dan mengeluarkan parti itu daripada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, katanya, tuntutan Hadi untuk ganti rugi dan sebarang injunksi perlu ditolak.
Pada 6 Ogos lalu, Setiausaha Politik Hadi, Ahmad Samsuri Mokhtar
dilaporkan berkata, Clare perlu membayar £15,000 (RM83,700) kepada ahli
Parlimen Marang itu, dengan bakinya akan ditentukan mahkamah nanti.
Pada 2 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan Hadi meletakkan sandaran RM80,000 sekiranya beliau tewas dalam kes terhadap Clare
FMT
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteHebat TGHH ha..ha...ha..sumber cam gini pun ada orang percaya...
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteHebat hj hadi...tahun ni tahun ke 3 berturut-turut ponteng bajet. Macam ni nak pimpin Malaysia? Tganu sepenggal pun lingkup
ReplyDelete