Etnik
Rohingya ternyata tertipu dengan perwatakan dan pembawaan,Aung San Suu
Kyi sebelum beliau menaiki 'takhta' menerajui Myanmar.
RATA - rata etnik Rohingya ternyata tertipu dengan
perwatakan dan pembawaan,Aung San Suu Kyi sebelum beliau menaiki
'takhta' menerajui Myanmar.
Menurut mereka, Suu Kyi sebelum menjadi Kaunselor Negara Myanmar
dilihat sungguh baik dan berwajah seperti keibuan yang menjadi harapan
etnik Rohingya untuk mengubah nasib mereka.
Namun malangnya, sebaliknya berlaku apabila sebaik sahaja Suu Kyi
menjadi Kaunselor Myanmar wajah keibuannya bertukar menjadi wajah iblis.
"Semenjak dia (Suu Kyi) menjadi Kaunselor etnik kami semakin teruk diperlakukan.
"Dulu ok sikit tetapi sekarang lagi dahsyat, dia seperti iblis yang
bertindak kejam ke atas kami," demikian ujar Rohim Hussein,27, kepada
Sinar Harian yang ditemui di Kem Pelarian Cox's Bazar, Bangladesh,
baru-baru ini.
Katanya, Suu Kyi seolah-olah bertindak seperti orang gila apabila mahu membersihkan etnik Rohingya dari muka bumi Myanmar.
"Kami tidak tahu apa salah kami, kami tak kacau orang, semua orang
ditembak askar Myanmar di perkampungan kami di Myanmar," katanya lagi.
Katanya lagi, selain itu surau dan masjid di sana turut dikunci oleh
askar Myanmar sehinggakan menyukarkan mereka untuk menunaikan solat dan
melakukan aktiviti keagamaan di kawasan tersebut.
"Sudah 7 tahun pintu masjid dan surau dikunci," katanya yang berjaya
meninggalkan Myanmar dengan menaiki bot untuk melarikan diri di kem
pelarian di Balukhali, Bangladesh.
Duta Bangladesh di PBB mengatakan lebih 600,000 etnik Rohingya sudah
menyeberangi sempadan, menyertai lebih 300,000 lain yang tiba lebih awal
di Bangladesh sebelum Ogos.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete