Friday, October 13, 2017

Kerjasama PAS-Umno: Adakah parti Dayak terima hudud, soal PKR Sarawak

 | October 13, 2017
Baru Bian menggesa parti Dayak menyatakan pendirian terhadap agenda PAS melaksanakan hudud di negara ini.
baru-bian_pas_umno_600
PETALING JAYA: PKR Sarawak persoalkan adakah parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri itu menyokong hasrat Umno untuk menjalin kerjasama pilihan raya dengan PAS demi “perpaduan Melayu” pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Baru Bian berkata Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengalu-alukan berita itu dengan berkata ia akan mengukuhkan pakatan pemerintah.
Baru ingin tahu adakah parti Dayak lain menyedari langkah itu dan menggesa mereka menyatakan pendirian terhadap agenda PAS melaksanakan hudud di negara ini.

“Adakah parti komponen BN yang lain akan mengikut PBB dan sama-sama menyambut kerjasama yang akan terjalin antara PAS dan Umno?” soal Adun Ba’lalan itu.
“Adakah mereka sedar kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bahawa Umno dan PAS mempunyai DNA dan matlamat yang sama iaitu untuk memperjuangkan Islam dan orang Melayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 11 Oktober lalu, Annuar berkata Umno memberi mandat kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak yang juga perdana menteri untuk berunding dengan PAS.
Annuar dilaporkan berkata segala-galanya kelihatan positif dan parti itu masih mengerakkan idea itu.

Beliau juga berkata kerjasama itu akan disokong kebanyakan orang Melayu yang prihatin terhadap perpaduan Melayu.
Karim yang juga menteri pelancongan, kesenian, kebudayaan, belia dan sukan Sarawak dipetik Borneo Post hari ini sebagai berkata beliau tidak melihat masalah jika Umno bekerjasama dengan PAS.

“Apa-apa perkara yang boleh membawa kekuatan dan perpaduan kepada BN dan Malaysia amat dialu-alukan dan jika kerjasama pilihan raya ini dapat memenuhi maksud itu, mengapa tidak?
“Apa yang penting adalah kerjasama itu mestilah menyatukan rakyat Malaysia dan tidak sebaliknya,” katanya.

Baru berkata PKR dengan sepenuh hati menentang percubaan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dengan membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk meningkatkan hukuman syariah.

Beliau berkata itu pun ketika PAS sebahagian daripada Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP sebelum gabungan pembangkang itu dibubarkan pada Jun 2015.
“Kami tidak memperjuangkan mana-mana kaum atau agama, tetapi menegakkan keadilan serta hak semua warganegara di negara sekular seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

“Adakah parti BN Dayak lain mengambil pendekatan yang sama seperti kita? Atau adakah mereka sekarang boleh menerima agenda hudud PAS?” soalnya.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata parti Islam itu menolak idea kerjasama itu dan mahu bergerak sendiri sebagai kuasa ke-3 kepada Umno dan pembangkang

1 comment:

  1. Baru Bian perlu diam dlm hal hudud. Baru Bian org kuat gereja. Dia yg sbnrnya menendang hudud bukan PBB.

    ReplyDelete