Bagi pertuduhan kedua memiliki dadah, mahkamah turut
menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap kedua-duanya dan 10
sebatan terhadap Muhamad Samri.
ALOR
SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung
sampai mati terhadap pasangan kekasih selepas didapati bersalah atas
mengedar dadah, tahun lalu.
Hakim Datuk Hashim Hamzah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap
Muhamad Samri Hashim, 40, dan Salina Dtiauddin, 32, selepas mendapati
pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes
tersebut.
Bagi pertuduhan kedua memiliki dadah, mahkamah turut menjatuhkan
hukuman penjara 10 tahun terhadap kedua-duanya dan 10 sebatan terhadap
Muhamad Samri.
Mengikut kertas pertuduhan, Muhamad Samri dan Salina didakwa mengedar
dadah berbahaya jenis heroin seberat 23.32 gram dan
monoacethylmorphines 3.55 gram di dalam kereta jenis Proton Perdana di
Jalan Bukit Awi, Kulim, pada 1 pagi, 12 Mac 2016.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya
1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca
bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai
mati.
Bagi pertuduhan kedua, Muhamad Samri dan Salina didakwa memiliki
dadah jenis methamphethamine seberat 39.41 gram di tempat dan masa yang
sama.
Pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2)/39A(2) ADB 1952
yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan
minimum 10 sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shuhada Mohd Yatim
manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, M. Chandran dan Burhanuddin
Abdul Wahid. FMT
CIS, TOGEL LAKNAT!
ReplyDelete