Malaysiakini 4/10/17
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai sudah
mengenal pasti sekurang-kurangnya lima pegawai kementerian yang
mempunyai kaitan dengan 10 syarikat untuk menggelapkan dana lebih RM100
juta.
Sumber yang mengetahui siasatan itu memberitahu New Straits Times bahawa mereka telah beberapa tahun melakukan kegiatan itu melalui projek-projek yang tidak wujud.
Terdapat juga projek didakwa tidak dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan.
“Kes ini bukan sahaya mencuri dana yang sepatutnya disalurkan oleh pembangunan infrastruktur.
“Malah program makanan pelajar miskin juga tidak terlepas,” menurut sumber seperti dilaporkan akhbar harian itu.
Kumpulan pegawai kanan di kementerian yang tidak dinamakan itu
dikatakan bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk menyelewengkan
peruntukan yang dimaksudkan untuk projek kerajaan yang bertujuan
meningkatkan kebajikan dan infrastruktur masyarakat.
Mereka sekadar mengisytiharkan di atas kertas bahawa projek telah selesai, walaupun tiada apa yang dilakukan.
"Ini membabitkan puluhan projek dan inisiatif yang sepatutnya
dilaksanakan untuk membantu golongan miskin, termasuk yang bernilai
antara RM500 juta dan RM1 bilion," kata sumber yang biasa dengan perkara
itu.
Oleh itu, sumber itu berkata, mereka dengan mudah telah menggelapkan kira-kira RM100 juta.

No comments:
Post a Comment