Sampel seperti balutan, kemeja dan seluar dalam Kim Jong Nam turut dikemukakan kepada pihak peguambela hari ini.
SHAH
ALAM: Seorang pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini
memberitahu perbicaraan kes bunuh Kim Jong Nam yang ujian mendapati
mangsa mengambil 6 jenis ubat merawat pelbagai penyakit termasuk ubat
mati pucuk.
Ketua Bahagian Forensik HKL, Dr Mohd Shah Mahmood berkata penggunaan
ubat itu dan beberapa ubat lain untuk merawat kencing manis, darah
tinggi, dan gout dapat dikesan dalam darah Jong Nam, abang tiri kepada
diktator Korea Utara, Kim Jong Un.
Warga Indonesia Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong didakwa
membunuh Jong Nam pada 13 Feb lalu. Pertuduhan di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit
kesalahan.
Dr Shah menjawab pertanyaan peguam Siti Aisyah, Gooi Soon Seng, yang
memintanya menyenaraikan jenis ubat di dalam tubuh Jong Nam, dalam usaha
membuktikan terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kematian,
bukannya disebabkan serangan bahan kimia VX seperti didakwa sebelum ini.
Dr Shah, saksi ke-6 perbicaraan, berkata laporan Jabatan Kimia turut
mendapati 5 sampel iaitu kapas muka, darah, plasma, air kencing dan
lendiran mata adalah positif untuk agen saraf VX.
Bahkan, beberapa sampel lain seperti balutan (bandage), kemeja dan
seluar dalam Jong Nam turut ditunjukkan kepada pihak peguambela.
Beliau menegaskan agen saraf VX itu tertumpu di bahagian muka dan mata.
“Antara lendiran mata dan kulit, kadar serapan agen saraf VX lebih cepat melalui lendiran mata,” katanya.
No comments:
Post a Comment