Penguasa Kewangan Singapura mengeluarkan perintah
larangan 6 tahun ke atas Kelvin Ang, bekas ahli perniagaan dan bekas
penganalisis kajian Lee Chee Waiy.
SINGAPURA:
Dalam usaha menggilap imejnya daripada skandal 1MDB, Singapura melarang
2 lagi individu atas pecah amanah berkaitan skandal itu.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan perintah larangan 6
tahun ke atas Kelvin Ang, bekas ahli perniagaan dan bekas penganalisis
kajian Lee Chee Waiy, menurut satu kenyataan emel hari ini.
Ekoran itu, jumlah orang yang dilarang MAS daripada industri kewangannya atas hal berkaitan 1MDB meningkat kepada 6 orang.
Ang yang dulunya bekerja untuk Maybank Kim Eng Securities Pte,
didenda S$9,000 (RM27,974) pada Mei lalu selepas mengakui membuat
pembayaran korup kepada Lee yang bekerja di NRA Capital Pte untuk
mempercepat persiapan satu laporan penilaian.
MAS juga mahu melarang Yeo Jia Wei yang juga seorang bekas perancang kewangan dengan bank Swiss BSI SA buat selama-lamanya.
Yeo dihukum pada Julai sehingga 54 bulan dalam penjara atas tuduhan termasuk pelaburan wang haram dan menipu bekas majikan.
Singapura mengambil langkah melindungi reputasinya dalam kekecohan
kes pengubahan wang haram paling besar disiasat dalam sejarahnya.
Singapura menutup 2 cawangan tempatan bank Swiss, merampas beratus juta
aset dan mensabit 5 orang atas kesalahan berkaitan 1MDB.
Pada Mac lalu, MAS melarang bekas pegawai bank Goldman Sachs Group
Inc Tim Leissner daripada industri sekuriti untuk 10 tahun selepas
mengatakan beliau mengeluarkan surat tanpa kebenaran dan membuat
kenyataan palsu bagi pihak bank Amerika Syarikat.
“MAS mahu golongan profesional dalam industri perkhidmatan kewangan
mendokong integriti standard tinggi dan perlakuan yang betul,” kata Ong
Chong Tee, timbalan pengarah pengurusan bahagian seliaan kewangan.
“Mereka yang tidak mencapai standard ini akan diambil tindakan tegas,
untuk melindungi kepercayaan awam terhadap institusi kewangan kita dan
reputasi Singapura sebagai pusat kewangan yang bersih.”
FMT
No comments:
Post a Comment