Tuesday, November 21, 2017

52-51: Kerajaan hampir kalah dalam undi blok Bajet 2018

Malaysiakini 20/11/17

PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini meluluskan Bajet 2008 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.

Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah.

Dua orang anggota parlimen tidak mengundi.
G Manivannan (PKR Kapar) mengsusulkan pengundian blok dilakukan apabila dewan kelihatan kosong ketika ramai anggota parlimen BN tidak berada di Dewan Rakyat.

Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee mengarahkan pejabat parlimen membunyikan loceng sebanyak dua kali.
Ia mendorong Anggota Parlimen Kuala Krau Ismail Mohamad untuk untuk masuk ke Dewan bagi proses pengundian.

No comments:

Post a Comment