Malaysiakini 13/11/17

PARLIMEN | Bajet 2018 diluluskan
untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini dengan undian 107
daripada 222 anggota parlimen menyokong.
Sebanyak 59 anggota parlimen menentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, sementara 11 berkecuali.
Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) memohon agar pengundian dilakukan untuk bacaan kedua petang tadi.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan bacaan kedua dan ia akan dirujuk kepada peringkat jawatankuasa.
Ketika dihubungi, Mahfuz berkata 11 yang berkecuali merupakan wakil PAS.
“Sebanyak 12 wakil PAS berada dalam Dewan Rakyat (semasa bacaan kali kedua diadakan). Saya menentang rang undang-undang itu, manakala 11 yang lain berkecuali,” katanya.
Menurut Mahfuz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) tidak hadir.
Bajet 2018 sebanyak RM280.25 bilion, yang dibentangkan pada 27 Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sudah melalui enam hari perbahasan.

No comments:
Post a Comment