Thursday, November 9, 2017

Banjir Pulau Pinang: KM mohon maaf kepada mangsa... Ni baru sifat terpuji

Malaysiakini 09/11/17

ULASAN l Kerajaan negeri akan melancarkan program “Pulau Pinang Bangkit” bernilai RM100 juta untuk membantu pemulihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca bencana angin rebut kencang dan banjir terburuk dalam sejarah yang melanda Pulau Pinang pada 4 November dan awal pagi 5 November 2017.

Pulau Pinang dilandai tempias tiga bencana alam sekaligus yakni Taufan Damrey yang melandai Vietnam, angin ribut kencang yang paling kuat dalam sejarah Malaysia setinggi 40 batu sejam sehingga feri Pulau Pinang boleh diangkat naik dan ditolak ke atas jeti konkrit serta banjir besar di sempadan negeri Kedah yang melimpah ke Pulau Pinang dan menyebabkan paling ramai mangsa banjir daripada angin ribut kencang dan banjir sebenar pada 4-5 November 2017.
 Pada 4-5 November 2017, hujan turun dengan lebat sehingga 372 mm hujan dicatitkan di Stesen Pajak Song di Seberang Perai Utara (SPU), dan lain-lain tempat secara purata di antara 250mm hingga 300mm dalam masa 15 jam sahaja dan telah mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah negeri kita.
 Tolong bayangkan bahawa sebulan hujan hanya sekadar 250mm dan kita boleh lihat bahawa Pulau Pinang dilandai hujan di antara sebulan hingga setengah bulan dalam satu malam. Dianggarkan hampir 100,000 isi rumah di serata negeri terjejas akibat musibah ini.

Adalah dikesali bahawa tidak ada sebarang amaran awal diberikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk bencana sebesar ini sehingga kami tidak bersiap sedia langsung menghadapinya.

Malah Jabatan Kaji Cuaca hanya mengumumkan hujan peringkat merah (paling lebat) pada jam 9.30 malam pada malam 4 November 2017 semasa angin ribut dan hujan sedang berjalan. Tidak ada amaran pun ada angin ribut kencang sampai 40 batu sejam.

Kegagalan memberikan amaran awal diakui oleh timbalan perdana menteri secara terbuka dan juga oleh perdana menteri dalam taklimat dalaman apabila mereka melawat mangsa-mangsa banjir masing-masing pada 6 dan 7 November 2017.
Mohon bantuan TPM

 Baca seterusnya

No comments:

Post a Comment