Yeop Adlan Che Rose berkata, beliau tidak pernah
menyertai Umno walaupun berkhidmat dengan kerajaan hampir 30 tahun
kerana melihat parti itu belum berjaya membela nasib orang Melayu.
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Bekas diplomat, Datuk Yeop Adlan Che Rose menjejaki langkah ayahnya dengan menyertai DAP hari ini.
Che Rose Abdullah pernah menjadi calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu pada pilihan raya umum 1974.
“Sudah tentu saya seperti pulang ke rumah hari ini. Saya patut pulang
awal sebenarnya,” katanya pada sidang media mengumumkan kemasukannya
secara rasmi ke DAP di ibu pejabat part itu.
Penyertaan bekas penjawat awam berusia 74 tahun itu dalam DAP
diuar-uarkan sejak 2 November lalu melalui saluran media sosial DAP
kerana meyakini kerajaan Pulau Pinang yang diterajui parti dilabelkan
anti-Melayu itu serta sumbangannya kepada pembangunan Islam.
Beliau sebelum ini bersama PAS sebagai calon kerusi Parlimen Hulu
Langat pada PRU 2004 dan ahli jawatankuasa Lajnah Antarabangsa parti
Islam itu.
Beliau memutuskan untuk meninggalkan PAS kerana parti Islam itu tidak mampu membela nasib Melayu.
Sebelum menyertai PAS, katanya, beliau tidak pernah menyertai Umno
walaupun berkhidmat dengan kerajaan hampir 30 tahun kerana melihat Umno
belum berjaya membela nasib orang Melayu.
“Persoalan yang utama pada saya adalah kedudukan Melayu. Umno jelas tidak buat dan belum berjaya membela nasib Melayu.
“Dan saya menyertai PAS untuk menuju jalan kemurnian agama. Tapi jelas PAS pun tidak buat dan gagal juga,” katanya.
Yeop Adlan yakin DAP boleh membawa kebaikan kepada pembangunan negara
melalui prestasi pentadbirannya di Pulau Pinang yang terbukti menjadi
negeri cekap, bersih dan amanah.
“Selepas 60 tahun, kita tidak boleh tunggu. DAP tunjukkan apa dia
lakukan di Pulau Pinang, kerajaan yang cekap, bersih dan amanah.
“Itu yang kita nak, kenapa nak tunggu? Kalau dia boleh buat untuk Pulau Pinang, kenapa tidak boleh buat untuk negara?”
Katanya, beliau akan kembali aktif berceramah di kawasan bermajoriti
Melayu dan bersedia dikritik pihak yang tidak berpuas hati dengan
penyertaannya dalam DAP.
Beliau pernah “dipinjamkan” kepada PKR dan dipilih menjadi pengerusi
Jawatankuasa Disiplin parti reformasi itu sebelum kembali ke PAS selepas
April 2009.
Dalam perkembangan sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata,
kemasukan Yeop Adlan sememangnya dinantikan-nantikan beliau dan parti
itu.
Beliau menyifatkan penyertaan itu “home-coming” kerana ayahnya, Che Rose juga ahli dan calon DAP pada PRU 1974 di Perak.
“Kita sangat alu-alukan Yeop Adlan dalam DAP dan boleh membantu parti menjelang PRU14 nanti,” katanya. FMT
No comments:
Post a Comment