27/11/17
(Ubah saiz teks)
SABAK BERNAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menawarkan hasrat
bertanding di kerusi Dun Bukit Antarabangsa yang ketika ini disandang
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada PRU13 lalu.
Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau lebih berminat bertanding di
kerusi itu kerana lebih mencabar dan memerlukan kerja keras serta usaha
yang bersungguh-sungguh.
"Saya melihat tempat yang paling sesuai untuk saya bertanding adalah di
(Dun) Bukit Antarabangsa yang sekarang ini disandang oleh Azmin Ali.
"Bagi saya untuk menandingi beliau di sana, bukanlah satu masalah
kerana rakyat melihat siapakah Azmin ini yang hanya pandai bercakap
semata-mata tetapi tidak sedikit pun membantu rakyat terutamanya di
kawasan Dun beliau (Bukit Antarabangsa)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Konvoi Bermotosikal
Pengundi Luar di Sekin Resort, di sini, tengah hari tadi.
Jamal berkata, hasrat beliau untuk bertanding di kerusi milik PKR itu
juga dalam pengetahuan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
"Saya juga telah berbincang dengan kepimpinan bahagian Ampang tentang hasrat ini.
"Saya tahu kuasa untuk menentukan calon ini terletak pada pucuk
pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi saya amat
berharap dicalonkan di (Dun) Bukit Antarabangsa," katanya.
Sinar
No comments:
Post a Comment