Ketua menteri berkata semua kakitangan awam layak
menerima bonus termasuk kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis
Perbandaran Seberang Perai dan agensi berkanun negeri.
GEORGE
TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan memberikan bonus RM2,000 kepada semua
kakitangan awam “berprestasi baik dan berdisiplin” bulan depan, dan
kakitangan awam lain akan dijamin dengan bonus minimum sebanyak RM1,000.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata semua kakitangan awam layak
menerima bonus termasuk kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis
Perbandaran Seberang Perai dan agensi berkanun negeri.
“Sekolah agama dan guru Kafa, dan guru sekolah Cina persendirian juga
akan mendapat bonus wang sebanyak RM300 dan mereka di tahfiz dan
sekolah pondok dan tadika Islam (Tadis) akan menerima hadiah wang
bernilai RM200,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari
ini.
Sebelum ini, Lim membentangkan bajet RM1.21 blion untuk 2018 dengan
defisit lebih tinggi bernilai RM748.5 juta, menjadikannya bajet defisit
berturutan yang ke-7 untuk negeri itu sejak 2011.
Defisit itu meningkat berbanding dengan RM667.10 juta tahun ini.
Bajet negeri 2018 itu bagaimanapun lebih rendah daripada bajet tahun
ini di mana RM1.45 bilion dengan defisit meningkat pada RM81.5 bilion
berbanding tahun ini.
Kata Lim, hasil unjuran yang akan dikumpul untuk 2018 akan lebih
rendah iaitu pada RM503.7 juta berbanding unjuran tahun ini sebanyak
RM687.41 juta.
“Hasil lebih rendah boleh dikaitkan kepada kekurangan hasil sumber
baharu, pengurangan yang dijangka berlaku dalam kutipan faedah tahun
depan, dan pemberian dividen yang dikurangkan dan potongan faedah pada
deposit tetap,” katanya.
Lim juga mengumumkan perbelanjaan pengendalian sebanyak RM1.25 bilion
untuk tahun depan, lebih rendah daripada nilai tahun lepas iaitu RM1.45
bilion.
Rizab wang negeri itu meningkat kepada RM1.8 bilion berbanding RM1 bilion tahun ini.
“Kejayaan kami sejak 10 tahun lepas terbukti menerusi lebihan
mencecah lebih RM578 juta daripada 2008 sehingga 2015. Hutang kami juga
sudah dikurangkan sebanyak 90%.”
“Ianya jelas yang 9 tahun pimpinan Pakatan memberi lebih banyak kesan atas apa yang dilakukan 50 tahun sebelum 2008.”
FMT
No comments:
Post a Comment