Xu Ding didakwa memukul Zhao Pan di dalam biliknya selain mengurungnya hingga lima jam. - FOTO.South China Morning Post
BEIJING - CHINA. Peninju China, Xu Ding, 32, telah dituduh menyebabkan kematian isterinya, Zhao Pan.
Xu Ding didakwa memukul Zhao Pan di dalam biliknya selain mengurungnya hingga lima jam.
Kejadian tersebut disedari ibu Xu Ding dan terus membawa menantunya ke hospital.
Akibat kecederaan yang serius, Zhao Pan koma dan meninggal dunia tiga hari kemudian.
Bagaimanapun Xu Ding mengaku tidak bersalah atas kesalahan membunuh.
Stesen Sichuan Television yang menyiarkan ciri mengenai kes itu pada
Jumaat lalu , melaporkan Xu Ding kemudiannya secara berterusan menumbuk
dan menampar isterinya dengan tongkat.
Polis tempatan berkata Xu Ding berada di bawah pengaruh dadah dan
kemudiannya diuji positif untuk methamphetamine. – South China Morning
Post
No comments:
Post a Comment