Monday, November 27, 2017

Polis akan siasat Zunar, kali ini kerana lukisan ayam

 | November 27, 2017
Kartunis politik itu akan dipanggil untuk diambil keterangan Rabu ini dalam siasatan ke atas lukisan yang dilukis Ogos lalu.
zunar-ayam-kartunPETALING JAYA: Kartunis politik, Zunar akan dipanggil pihak polis pada Rabu ini untuk diambil keterangan dalam siasatan ke atas satu lukisan ayam.
Zunar, atau nama sebenar Zulkiflee SM Anwarul Haque, 55, berkata beliau akan disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

“Saya dihubungi pada jam 2.00 petang tadi setelah saya tiba ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Siasatan akan bermula pada jam 11.00 pagi, Rabu ini, di Menara 238, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur,” katanya kepada FMT.

Zunar tidak mahu memberikan maklumat lanjut mengenai lukisannya itu supaya tidak mengganggu siasatan polis, cuma berkata lukisan ayam itu dilukis Ogos lalu.
“Apa yang saya tahu, ada yang membuat laporan polis berhubung lukisan kartun ayam ini,” katanya.

Zunar pernah disiasat bawah Akta Mesin Cetak dan Akta Penerbitan dan kini menghadapi 9 pertuduhan bawah Akta Hasutan. Beliau juga dilaporkan dihalang keluar negara sejak Jun 2016.

Kementerian Dalam Negeri juga mewartakan perintah larangan terhadap bukunya, “Sapuman: Man of Steal” kerana mungkin memudaratkan kepentingan negara.
FMT

No comments:

Post a Comment