Tahun lalu, polis menarik balik khidmat pengiring trafik bekas perdana menteri itu.
PETALING
JAYA: Polis hari ini menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit
Tindakan Khas (UTK) bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Genap setahun yang lalu, Kak Fauziah dan pembantu rumah di pejabat dipindahkan dan ditamatkan kontrak oleh kerajaan.

“Hari ini, khidmat pengiring Unit Tindakan Khas (UTK) pula ditarik
balik. Perjuangan tetap diteruskan,” katanya di Facebook hari ini.
Pada 4 Mei tahun lalu, bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar menyatakan khidmat pengiring trafik Dr Mahathir ditarik balik.
Beliau berkata perkhidmatan itu diberhentikan seminggu sebelum itu,
namun khidmat pengawal pengiring iaitu pegawai polis dari UTK masih
diteruskan.
Menurutnya, tindakan itu terpaksa diambil selepas Dr Mahathir
menyertai perhimpunan Bersih, perhimpunan bantah GST, dan kutipan
tandatangan untuk deklarasi yang bercanggah dengan peruntukan
undang-undang dan perlembagaan negara.
“Saya telah menarik balik khidmat pengiring trafik untuk Tun Mahathir
… itu adalah atas keputusan saya sebagai ketua polis negara. Apa guna
kita memberi iringan trafik terhadap individu yang melanggar peruntukan
undang-undang dan perlembagaan, kita tidak dapat menyokong apa juga
perbuatan yang melanggar undang-undang negara,” katanya.
No comments:
Post a Comment