Monday, November 27, 2017

Saya silap kritik Saudi, sindir Marina

 | November 27, 2017
Anak sulung bekas perdana menteri itu mengulas kritikan seorang pegawai perdana menteri terhadapnya.
Marina-Mahathir-arabPETALING JAYA: Selepas dikritik seorang pegawai Putrajaya kerana membidas penularan budaya Arab Saudi di kalangan umat Islam Malaysia, Datin Paduka Marina Mahathir memuat naik sindiran tajam terhadap Riyadh dengan menumpukan perhatian terhadap konflik di Yaman.

“Sebenarnya I salah kritik budaya Arab. Saudi kan ikut budaya Amerika, mengebom negara orang habis-habisan?” kata anak sulung perdana menteri itu di Twitter.

Marina merujuk penglibatan Arab Saudi dalam serangan pakatan Arab ke atas Yaman sejak 2015.
Sebelum ini, Datuk Fathul Bari Mat Jahaya, seorang pegawai penasihat khas kepada merdana menteri, yang mempersoalkan tindakan Marina yang membidas penyebaran budaya Arab di negara ini.

Fathul Bari bagaimanapun berkata Marina tidak layak membuat tuduhan itu kerana beliau sendir tidak menonjolkan ciri atau budaya Melayu.
“Cara dia mempromosikan diri dia bukan budaya Melayu sangat pun. Kalau sekiranya contohnya dia memakai baju kebaya ke, pakai kain batik ke, ada nampak ciri-ciri budaya Melayu.

“Budaya kuning masuk, konsert sana sini yang teruk-teruk, pesta sana sini mana suara dia? Kalau ada suara dia bercakap tak apa, tapi dia tak bercakap, maknanya adakah dia sekarang membawa budaya barat masuk dalam negara kita untuk menolak budaya Islam?” katanya kepada FMT semalam.

Marina dipetik akhbar Asia Times mempersoalkan sikap umat Islam mengaitkan agama itu dengan budaya Arab.
“Ada idea mengatakan anda ialah umat Islam lebih baik jika anda lebih Arab. Itu penghapusan warisan budaya kita yang sangat nyata. Budaya Arab sedang tersebar dan saya menyalahkan sepenuhnya ke atas Arab Saudi,” kata aktivis sosial itu.

Fathul Bari bagaimanapun mempertahankan Arab Saudi.
“Tapi (bagaimana) sekiranya dia (Arab Saudi) membawa Islam, cuba menonjolkan keadilan Islam, keamanan, kesejahteraan sepertimana King Salman Centre, nak bicara soal keselamatan negara?” soalnya.

Sejak 2 tahun lalu, Arab Saudi mengetuai gabungan 9 negara Arab melancarkan serangan udara bagi membantu kerajaan Yaman melawan pemberontak puak Houthi dan pihak yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh.

Puak Houthi merupakan penganut Islam Syiah Zaidi, aliran yang dianuti hampir separuh penduduk Yaman. Kerjasama puak itu dengan Ali dikatakan menambahkan sokongan menggulingkan presiden yang disokong Arab Saudi, Abdrabbuh Mansour Hadi.

No comments:

Post a Comment