Wartawan warganegara Malaysia, Mok Choy Lin. - Foto AP
NAYPITAW - MYANMAR. Seorang wartawan warganegara Malaysia dan Singapura
bersama seorang penterjermah dan pemandu dari Myanmar, dihukum penjara
dua bulan.
Menurut laporan SCMP, wartawan Malaysia, Mok Choy Lin dan wartawan
Singapura, Lau Hon Meng didapati bersalah menerbangkan dron di Parlimen
tanpa kebenaran.
Dalam kejadian 27 Oktober lalu itu, kedua-dua mangsa sedang membuat
tugasan untuk Radio dan Televisyen Turki serta cuba mengambil gambar
Parlimen dan pagoda di Naypitaw.
Sejak ditahan, kesemua tertuduh tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing.

Peguam kepada penterjermah, Aung Naing Soe dan pemandu, Hla Tin
menegaskan anak guamnya patut dibebaskan kerana tidak mengendalikan dron
terbabit.
Selain tuduhan menerbangkan dron tanpa izin, keempat-empat tertuduh juga berdepan dakwaan mengimport dron secara haram.
Kesemua tertuduh dijangka dibicarakan sekali lagi pada 16 November ini.
No comments:
Post a Comment