DEK kerana terlampau minat kepada aktress, Angelina
Jolie, seorang wanita sanggup menjalani sekurang-kurangnya 50 pembedahan
di wajahnya lapor The Daily Haze.
Sahar Tabar berasal dari Tehran, Iran menjadi 'selebriti' di Instagram
berikutan menjadikan laman media sosial tersebut sebagai diari dia
bertukar menjadi selebriti kesayangannya itu.
Menurut Jastrzab Post, Tabar juga menjalani diet khas untuk mengekalkan
berat 40kg, namun tidak dapat dipastikan dari mana wanita tersebut
mampu membiayai segala pembedahannya itu.
Dalam pada itu, beliau juga turut mempunyai lebih 300,000 pengikut di laman Instagramnya.
Walaupun rata-rata mengecam tindakannya itu dengan menggelarnya 'The
Corpse Bride' berdasarkan sebuah filem animasi Tim Burton, akan tetapi
ada juga yang memberikan sokongan kepadanya.
No comments:
Post a Comment