PORTAL berita antarabangsa, BBC memohon maaf selepas
menunjukkan dua klip video pelakon yang salah ketika melaporkan kematian
Shashi Kapoor.
Kelmarin, dua klip video yang dimainkan penyampainya Huw Edwards
mengumumkan pelakon Bollywood meninggal dunia berusia 79 tahun.
Tetapi kedua-dua pelakon yang disiarkan adalah anak saudara Shashi
iaitu Rishi Kapoor dan seorang lagi pelakon terkenal Bollywood Amitabh
Bachchan.
Susulan itu, editor program Paul Royall meminta maaf di Twitter kerana kesalahan itu.
Bagaimanapun, kesilapan itu telah dikritik oleh beberapa pelakon di media sosial.
Dalam satu kenyataan, BBC berkata, berita BBC sangat menyesal tentang
kesilapan tersebut yang digunakan untuk menandakan kematian Shashi
Kapoor.
"Kesilapan amat dikesali dan BBC meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan,” katanya.
Aasmah Mir, yang membawakan Saturday Live di BBC Radio 4, turut menyatakan kekesalannya di atas kesilapan itu. - BBC
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete