04 Desember 2017
Foto: Reuters
SEOUL – Tentera Korea Selatan telah
membentuk unit pasukan khas yang bertujuan untuk menggulingkan
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong –un dalam situasi perang.
Berdasarkan laporan surat khabar The Korea Times, pasukan bernama “unit pemenggal” itu beranggotakan sekira 1,000 orang tentera.
Pasukan khas yang dibentuk dengan mencontoh pasukan khas Amerika
Syarikat , US Rangers, Delta Force, SEAL Team Six dan Green Berets
itu diumumkan pada Jumaat, 1 Disember. “Unit pemenggal” berada di bawah
Komando Medan Perang Khas Korea Selatan.
Tujuan dari "unit pemenggal " bukan membunuh Kim Jong-un dengan
pemenggalan kepala atau cara lain. Nama resmi unit ini sebenarnya belum
diputuskan. Berdasarkan keterangan seorang sumber tentera Korea Selatan, pembentukan pasukan khas itu menunjukkan ketegasan Korea Selatan untuk
menyingkirkan sejumlah pegawai penting pemerintah Korea Utara dan
menghancurkan fasiliti nuklir dan rudal mereka.
Tentera Korea Selatan merancang meresmikan dan melancarkan pasukan khas
tersebut pada 2019, tetapi situasi yang berkembang menyusul pelancaran
rudal balistik Korea Utara memaksa rancangan itu dipercepat. Diwartakan RT, Isnin (4/12/2017), “unit pemenggal” pertama kali disebutkan oleh
Menteri Pertahanan Korea Selatan, Song Yong-Moo pada September, setelah Korea Utara
melakukan uji cuba nuklir keenamnya.
Unit pasukan khas tersebut bukan satu-satunya taktik yang
diumumkan tentera Korea selatan untuk mempertahankan diri menghadapi ancaman
Korea Utara. Pada Jumaat, angkatan udara Korea Selatan juga mengumumkan
pembentukan unit intelijen, pengawasan, dan pengintaian yang lebih
besar. Unit tersebut akan ditugaskan untuk memantau aktiviti Korea Utara
sepanjang waktu dan bekerja sama erat dengan AS.
Khabar mengenai pelancaran pasukan khas Korea Selatan tersebut muncul
beberapa hari setelah Pyongyang melancarkan rudal balistik antarabenua
Hwasong-15. Rudal yang dilancarkan pada 29 November itu didakwa dapat
menjangkau wilayah daratan AS.
Pelancaran rudal balistik tersebut mendapat kecaman dari berbagai
pihak, termasuk Korea Selatan yang menyebut tindakan rezim Kim Jong-un sebagai
provokasi sembrono yang meningkatkan ketegangan di kawasan
No comments:
Post a Comment