Sunday, February 25, 2018

Aura Mahathir masih kuat

Aura Mahathir masih kuat
Ramai yang mahu bergambar ketika Mahathir dan isteri sedang menikmati sarapan pagi, semalam.
(Ubah saiz teks)
BANGSAR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi tumpuan orang ramai ketika menikmati sarapan pagi di restoran yang terletak di Bangsar, semalam.

Menerusi Facebook Kelab Che Det, orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang bergambar bersama beliau yang turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dan usia mengambil kesempatan beramah mesra bersama bekas perdana menteri itu.
Situasi berkenaan menunjukkan aura Mahathir masih lagi memberi kesan kepada orang ramai.

No comments:

Post a Comment