Sunday, February 11, 2018

Pas ada bincang gugur baiah talak tiga

Idris Ahmad
Idris Ahmad
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Idris Ahmad memaklumkan parti itu pernah berbincang mengenai pro dan kontra untuk menggugurkan baiah lafaz cerai talak tiga di Kelantan.

Bagaimanapun Idris berkata, perkara itu tidak dibincangkan secara mendalam oleh Majlis Syura Ulamak.
“Kemungkinan besar kita akan gugurkan, tetapi keputusan itu nanti akan datang daripada Majlis Syura Ulamak,” katanya selepas Majlis Jamuan Gulai Kawah dan Pelancaran Dana PRU14 Kawasan Lembah Pantai, hari ini.

Hari ini, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed seperti dilaporkan sebuah akhbar berkata, parti itu dijangka menggugurkan sumpah baiah talak tiga yang perlu dilafazkan calonnya pada PRU14 berikutan kesetiaan ahli dan kekuatan parti itu didakwa semakin kukuh.

Mahfodz berkata, kandungan sumpah baiah itu akan diselaraskan bagi setiap negeri dan dijangka tidak lagi menyentuh perceraian.

Kata Mahfodz lagi, tindakan itu dilaksanakan berikutan parti tidak lagi berdepan keadaan genting seperti pernah berlaku dalam politik Kelantan.
Ditanya mengenai pandangan mengenai kewajaran menggugurkan baiah talak tiga kerana Pas semakin kukuh di Kelantan, Idris yang juga Naib Presiden Pas bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tak boleh sebut... perkara berkaitan polisi tak boleh sebut pandangan peribadi.
“Pandangan peribadi tak boleh jadi hujah, walaupun saya ada pandangan sendiri nanti bertelagah (dengan keputusan parti),” katanya.
Menurutnya, sesetengah pihak melihat soal talak tiga lebih besar berbanding sumpah laknat yang dilafazkan.

“Ramai yang hebohkan perkara ini (talak tiga), sedangkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat di Kelantan sahaja,” katanya

2 comments:

  1. Cantik pas dh insaf bab talak.

    Mari ramai2 kluar dr pas. Pas bukan agama.

    ReplyDelete
  2. Betul, Saudara Hadigol, PAS bukan agama. Saya dan rakan-rakan sudah lama sedar akan perkara ini. PAS hanyalah satu daripada wadah pembentukan pemerintahan mengikut acuan yang diperlukan oleh agama. Apabila kita menyedari acuan itu kurang baik dan ada acuan lain yang lebih baik, maka tiada salahnya kita beralih kepada acuan yang lain itu. Tidak usah risau pasal akidah. Nasihat saya kepada rakyat Malaysia yang masih keliru, janganlah kita terlalu jumud. Tinggalkan PAS jika "anda" merasakan bahawa PAS sudah tidak relevan lagi dengan pandangan anda. Tak ada salahnya. Jika anda mahu kekal menyokong PAS, silakan. Itu pilihan anda, namun jangan memaki hamun pihak yang mahu meninggalkan PAS.

    ReplyDelete