Saturday, February 3, 2018

Pasangan sejenis paksa anak makan najis anjing

Pasangan sejenis paksa anak makan najis anjing
MARYLAND - AMERIKA SYARIKAT. Dua wanita diberkas polis selepas didapati menyeksa tiga kanak-kanak kecil yang dikurung di dalam sebuah almari selama berbulan-bulan.

Bukan itu sahaja, kesemua mangsa juga dipukul dan dipaksa makan najis anjing oleh suspek yang juga merupakan pasangan sejenis.
Lapor media tempatan, kejadian tragis itu berlaku di rumah pasangan terbabit di kawasan Mardela Springs, Maryland.

Amanda R Wright (29) dan Besline Joseph (25) ditahan polis tempatan pada Rabu dan didakwa dengan beberapa tuduhan berkaitan penderaan kanak-kanak.
Polis berkata, ketiga-tiga mangsa berusia lapan, sembilan dan 10 tahun diseksa dengan peranti elektronik.

Mereka turut dibelasah menggunakan tali pinggang dan wayar kabel.
Pasukan penyiasat polis memberitahu, kanak-kanak terbabit dikurung sepanjang masa di dalam almari atau di ruang bawah tanah rumah suspek.
Selain itu, mangsa juga diugut bunuh jika membongkarkan perbuatan jijik pasangan tersebut kepada orang luar.

Difahamkan, kes berkenaan terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada seseorang mengenai penderaan kanak-kanak.
Selepas melawat rumah pasangan terbabit, polis mendapati ketiga-tiga kanak-kanak malang itu berada dalam keadaan menyedihkan, dengan badan mereka dipenuhi kesan luka dan lebam selain hidung berdarah.

Polis berkata, mangsa hanya diberi makan roti, oat dan air paip.
Susulan itu, pihak berkuasa tempatan memfailkan empat tuduhan jenayah berhubung penyeksaan kanak-kanak dan dua tuduhan serangan terhadap mangsa.

Kedua-dua suspek juga didakwa menggunakan senjata berbahaya sehingga mendatangkan kecederaan serius selain tuduhan memaksa kanak-kanak terbabit memakan najis anjing.

Amanda dan Besline kini ditahan di Pusat Tahanan Wicomico County.
Polis juga enggan mendedahkan lebih lanjut hubungan antara kesemua mangsa dan kedua pelaku.  

"Sukar untuk menggambarkan penyeksaan seperti ini dan tentu lebih sukar untuk mengetahui motif sebenar mengapa suspek tergamak melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan.

"Ini merupakan situasi tragis bagi kanak-kanak tersebut kerana mereka telah terseksa sepanjang tempoh bersama suspek," kata Pengarah Komunikasi Polis Maryland, Greg Shipley. - CNN

No comments:

Post a Comment