(Ubah saiz teks)
GEORGETOWN - Keputusan yang dibuat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)
terhadap pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP
baru-baru ini merupakan bukti parti demokratik itu bersih.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, perakuan itu juga
menunjukkan DAP adalah sebuah parti pembangkang yang mematuhi
undang-undang dalam menjalankan pemilihan parti.
"Perakuan itu jelas menunjukkan DAP adalah parti bersih dan menjunjung
undang-undang. Namun, buat masa ini, saya tak nak ulas banyak-banyak
sehingga ROS keluarkan surat pada 5 Februari nanti.
"Jika kita tengok, syarat yang dikenakan kepada DAP sukar dan ia tidak
dikenakan kepada BN. Persoalannya, adakah standard baru ini juga akan
dikenakan kepada BN?" katanya.
Julai tahun lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan CEC yang
baharu secara telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC
yang sah dan diiktiraf.
Ini kerana pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti
berkenaan melalui pemilihan 29 September 2013 dianggap tidak sah.
Pemilihan semula itu diadakan pada 12 November lalu di Shah Alam dengan
menggunakan semula senarai perwakilan DAP seramai 2,576 orang pada 2012
seperti yang diarahkan ROS
No comments:
Post a Comment