Thursday, February 15, 2018

PPBM mohon JPPM segera luluskan 21 bahagian parti

 | February 14, 2018
Jawatankuasa bahagian sudah dilantik tetapi tidak boleh digerakkan selagi tidak mendapat kelulusan JPPM.
Muhyiddin-Yassin_ros_ppbm_600
PETALING JAYA: PPBM akan menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meminta mereka sgera meluluskan penubuhan 21 bahagian parti itu.
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata ini bagi membolehkan PPBM melebarkan rangkaian ke seluruh negara.

“Bahagian-bahagian itu sudah ada jawatankuasa tetapi tidak boleh digerakkan lagi selagi tidak mendapat kelulusan secara rasmi oleh JPPM.
“Penubuhan bahagian penting bagi membolehkan cawangan-cawangan juga dibuat mengikut proses secara sah dan mengikut perlembagaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PPBM di Galeri PPBM, Menara Yayasan Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan perhimpunan agung PPBM menjadi pertikaian apabila parti itu didakwa tidak mengadakan persidangan di peringkat bahagian dan cawangan terlebih dahulu.

Setiausaha Agung Shahruddin Md Salleh menjelaskan persidangan di peringkat bahagian akan diadakan selepas penubuhan bahagian cukup tempoh setahun, sementara persidangan cawangan tidak adakan kerana belum ada satu cawangan yang berdaftar dengan JPPM.

Sebelum ini, JPPM berkata kegagalan PPBM mengadakan perhimpunan tahunan sebagai salah satu sebab PH yang dianggotai oleh parti itu tidak boleh diluluskan.

PPBM mengadakan AGM pertama di Shah Alam pada 30 Disember lalu lebih setahun selepas didaftarkan pada September 2016.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pihaknya sudah menghantar surat meminta kerjasama JPPM memaklumkan jenis aduan yang dibuat terhadap partinya.
“Kita ingin mengetahui apakah sebenarnya aduan itu sebab setakat ini kita tidak terima salinan laporan yang telah dikemukakan pihak tertentu mengenai parti kita kepada JPPM,” katanya.

Semalam, FMT melaporkan 3 ahli dan pemimpin PPBM dipecat Lembaga Disiplin minggu lalu atas pelbagai kesalahan, termasuk mencela dan menyelar pucuk pimpinan.

Ketua Penerangan Datuk Kamaruddin Md Noor berkata lembaga disiplin PPBM yang diketuai Tan Sri Sanusi Junid sedang mengenal pasti ahli yang cuba mensabotaj parti dengan mengadakan sidang media dan membuat laporan kepada JPPM.

Beliau berkata, ahli serta pemimpin yang melanggar peraturan parti berdepan tindakan disiplin atau dipecat.
Pada 12 Januari lalu, JPPM berkata pihaknya sedang menyiasat lebih 400 aduan yang diterima berkaitan isu perhimpunan agung tahunan (AGM) pertama PPBM pada Disember lalu.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan ahli PPBM itu sebagai taktik kotor, dan mendakwa pihak tertentu berusaha memastikan PH tidak dapat didaftarkan

1 comment:

  1. TOGEL118

    Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
    Kami memberi bukti bukan Janji
    Daftar sekarang juga dan dapatkan bonus menarik dari kami :
    - BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 100%
    - BONUS DEPOSIT HARIAN 5.000 - 20.000
    - BONUS REFFERAL 2%
    MIN DEPO & WD HANYA Rp.50.000,-
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    LIVECHAT TOGEL118.COM 24 JAM ONLINE
    Pin BBM : D8AF7278
    LINE : togel118
    WHATSAPP : +855 92985834
    Prediksi">http://prediksibwin.com/">Prediksi Bola
    Cerita">http://ceritasemi.com/">Cerita Dewasa
    Cerita">http://ceritasemi.com/">Cerita Semi
    Cerita">http://ayocoli.com/">Cerita Sex
    Prediksi">http://newsprediksi.com/">Prediksi Togel
    Judi Online
    Agen Bola

    ReplyDelete