(Ubah saiz teks)
PASIR PUTEH - Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menjadi
pelakon kerana dunia lakonan itu dianggap terlalu asing, apatah lagi
menjadi popular seperti yang dialaminya sekarang.
Walaupun watak Eah Chu yang dipegang hanya watak sampingan, Mazlan
Sulaiman, 43, dari Kampung Tanjung Che Mah, Tumpat, mengakui mengalami
kejutan apabila telefilem Pok Ya Cong Codei yang dibintanginya bersama
Sabri Yunus mencetuskan fenomena.
Mazlan berkata, di mana-mana pun di dalam negara dan Selatan Thailand
sekarang, orang menyapanya dengan panggilan Eah Chu dan lebih melucukan
apabila ada yang menyangka dia betul-betul orang Siam.
"Saya kenal dengan Sabri Yunus ni melalui kawan ketika Sabri mahu
membuat dokumentari mengenai kemasukan Islam di Patani, saya membantunya
kerana saya sudah biasa dengan suasana di Thailand.
"Seminggu bersama dengannya, saya sudah menjadi rakan baiknya. Saya
ceritakan kepadanya mengenai usaha saya mencari dana untuk menyiapkan
Masjid Nurul Bahri di Kampung Pulau Panjang, Takbai," katanya.
Mazlan yang juga imam masjid berkenaan berkata, Sabri turut meyumbang
kepada masjid berkenaan hasil kutipan yan dibuat bersama rakan-rakan
artisnya.
"Baru-baru ini, Sabri meminta saya ke Kuala Lumpur dan saya memenuhinya
kerana anggap Sabri mungkin perlu berbincang sesuatu dengan saya.
"Sampai di sana, tiba-tiba saya diminta berlakon, saya terkejut besar
kerana ini bukan bidang saya, saya hanya tok imam dan tak pernah
berlakon," katanya ketika diraikan rakan media sosialnya di Restoran
Dapur Ibu di sini, semalam.
Katanya, walaupun ada skrip sebagai asasnya, Sabri banyak menambah
skrip spontan ketika pengambaran yang menyebabkan cerita itu menjadi
hebat.
Tambah Mazlan, apabila Pok Ya Cong Codei mencetuskan fenomena, baju T
eksklusif berdasarkan telefilem itu yang dikeluarkan satu syarikat
dengan izin syarikat produksi Balang Rimbun, laris dijual.
"Sabri terus menolong saya apabila RM1 daripada setiap helai baju T yang dijual disumbangkan ke masjid saya.
"Saya berusaha mencari dana untuk masjid ini sudah bertahun-tahun,
rezeki ALLAH SWT ini datang dalam pelbagai saluran dan saya tak terfikir
pun ia datang dengan cara ini," katanya.
Katanya, sudah RM400,000 dibelanjakan untuk membina Masjid Nurul Bahri itu dan sebanyak itu lagi diperlukan bagi menyiapkannya.
"Saya berulang alik dari kampung saya di Tumpat ke Takbai sudah empat
tahun, tambang perahu sahaja sudah RM600 sebulan tapi saya tetap
menggalas tanggungjawab yang diberikan demi membina tunas Islam di
kampung nelayan itu," katanya yang juga bapa kepada tiga anak.
Sinar
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete