(Ubah saiz teks)
"BILA saya tengok video tu, saya tergelak," demikian
ungkapan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim apabila diminta
mengulas mengenai isu penyebaran video lucah membabitkan Datuk Lee Chong
Wei yang hangat diperkatakan sekarang ini.
Roslin menyifatkan pertuduhan tersebut tidak berasas memandangkan beliau lebih mengenali peribadi Chong Wei yang sebenarnya.
"Saya mengaku, saya menonton video itu selepas dikongsi rakan-rakan di
aplikasi Whatsapp. Tapi apa boleh saya katakan, saya kenal siapa Chong
Wei yang sebenarnya.
"Sebelum tengok video itu lagi saya dah tahu itu bukan Chong Wei dan
bila dah tengok, kita boleh nampak bentuk badan dia memang bukan Chong
Wei.
"Memang 100 peratus bukan dia dan ramai orang yang menonton pun mengatakan benda yang sama," katanya.
Mengulas lanjut, Roslin berharap siasatan tersebut dapat dilakukan
dengan telus bagi memastikan nama baik pemain nombor dua dunia itu dapat
dibersihkan kembali.
"Saya tak pasti ini untuk jatuhkan nama Chong Wei atau satu bentuk
promosi untuk filem baharunya nanti, tapi saya berharap pihak berkuasa
perlu menyiasat secara menyeluruh bagi membersihkan kembali nama
baiknya," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment