(Ubah saiz teks)
BIARPUN menerima teguran dan kecaman dari pelbagai
pihak berhubung tindakannya melancarkan koleksi tudung di sebuah pusat
hiburan semalam, pelakon dan pengacara, Neelofa dilihat tetap tenang
meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Malah sehingga kini, Neelofa atau lebih mesra disapa sebagai Lofa ini
masih tetap mengemaskini laman Instagramnya (IG) dengan memuatkan naik
gambar-gambar sekitar majlis tersebut seolah-olah tiada apa yang
berlaku.
Antara status yang menarik perhatian adalah Thank you Malaysia (Terima kasih Malaysia) yang ditulisnya. Cukup ringkas.
Apa yang menariknya lagi, Lofa tidak menutup ruangan komen di IG
peribadinya itu sekali gus membolehkan para pengikutnya terus memberi
reaksi terhadap kontroversi yang melanda dirinya.
Jika ia berlaku kepada artis atau selebriti lain, pastinya laman sosial
mereka akan ‘berehat’ untuk beberapa ketika dan ruangan komen juga akan
ditutup.
Ternyata pemilik Neelofar Hijab dan juga pengacara MeleTOP ini seorang
yang berjiwa kental dan bersikap terbuka dalam menangani kontroversi
yang melanda.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment