(Ubah saiz teks)
PEMILIHAN Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr
Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya Harapan berjaya
mengambil alih tampuk pemerintahan daripada BN adalah untuk meraih undi
daripada dalam kalangan pengundi Melayu.
Ketua Setiausaha Sekretariat Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,
Tun Mahathir mampu bawa Tsunami Melayu dalam PRU kali ini,
bagaimanapun, Harapan kemungkinan pada masa yang sama juga akan
kehilangan undi masyarakat Cina.
"Pengundi luar bandar walaupun kenali Lim Kit Siang, tetapi mereka lebih kenal Mahathir daripada Kit Siang.
"Oleh itu, jika mahu menambahkan sokongan Melayu, Tun Mahathir adalah
calon yang paling layak," kata Saifuddin ketika ditemubual oleh China
Press.
Menurut Saifuddin lagi, Tun Mahathir bukan sahaja dapat mempengaruhi pengundi Melayu, malahan mampu memasuki kawasan Felda.
"Mungkin pemimpin-pemimpin lain dalam Harapan tidak mampu memasuki
kawasan Felda, ini termasuklah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali," katanya.
Bagaimanapun, Saifuddin tetap mengakui Mohamed Azmin sebagai tokoh muda yang berwibawa.
Beliau berkata, terdapat 54 kerusi parlimen berada dalam kawasan
Felda, oleh itu, pemilihan pengundi di Felda akan sedikit sebanyak
mengubah kedudukan parti politik yang bertanding.
Saifuddin mengakui ada pihak tertentu yang membantah pemilihan bekas
perdana menteri ini sebagai calon perdana menteri, maka Harapan
mengambil keputusan untuk membuat pengumuman lebih awal kerana ingin
memberikan penjelasan kepada orang ramai.
"Tun Mahahtir walaupun sudah berusia 93 tahun, tetapi umurnya tidak
menunjukkan beliau uzur. Beliau masih bertenaga dan yang lebih penting
ialah pengalaman dan ketokohannya," katanya.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete